Random Note






interview
Wednesday, 29 May 2013 | 11:30:00 pm | 0 Ask
Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur ke hadrat illahi kerana hari ni interview aku berjalan lancar. interviewers tu pon x de tanya soalan killer. tokoh  apa semua tu. alhamdulillah dapat soalan senang je. dapat atau tak tu, terserah kepada takdir aku. hikhik.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pukul 7.40 pagi aku bertolak dari rumah ke politeknik Kota Bharu bersama ma an abah. Pada mulanya abah tersilap massuk dekat Kolej Komuniti. hish, dalam negeri pon boleh sesat.haha. tak bole blah. siap tanya arah dekat orang kat kedai kopi tepi jalan lagi. alhamdulillah tepat jam 8.20 pagi samapai lah dekat parking politeknik tu. awal 10 minit. interview mula jam 8.30. tapi masa tu orang dah ramai.

Aku wat lek je lah. jalan cari blok D dengan ma dan abah. ma pulak tak habis2 pesan jangan gelabah, siap ajar baca doa lagi. aku tak gelabah pon sebenarnya. bila msuk bilik baru nervous sikit-sikit. haha. then aku pergilah daftar dekat kauter. kat situ kena isi borang and test buta warna. of course lah buta warna tu aku lulus kan. haha.

Lepas tu tunggu dalam 15 minit kot. tiba2 namaku dan 2org lgi calon dipanggil. rupanya dia panggil masuk 3 org sekaligus. hmm, bagus jugak. tak de lah nervous sangat.

then macam biasa, aku 3 org masuk. bagi salam and dia suruh letak fail atas meja dia then dia suruh duduk. ucap terima kasih. aku duduk tengah-tengah. interviewer ada 2 org. sorang laki sorang perempuan.
dia suruh orang peetama, (najihan) mulakan. cakaplah pasal diri, buat apa sekarang, family.
next, aku. hmm bantai je lah aku cakap. haha.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

soalan 1 : okay, mulakan. Start dari awak.(calon 1)
soalan 2: ceritakan penglibatan anda dalam kokurikulum di sekolah.
soalan 3: do you have a teacher that inspired you to choose this option at upsi.

lastly, TAMAT. Tu je dia tanya. dalam hati aku, eh dah siap? sikit nye soalan. alhamdulillah. keluar dengan lapang dada sebab dia tak suruh mengajar. hakhak.

tapi ada jugak la dia physico aku. aku cakap je pasal minat aku terhadap akaun. ada je dia cakap *ye ke?
haha.

conclusionnya interview UPSI ni ringkas je tadi. Alhamdulillah. harap dapat masuk sini. wish me luck :)