Random Note






sambungan : Setahun berlalu
Tuesday, 28 May 2013 | 3:05:00 pm | 0 Ask
Bismillahirrahmanirrahim


Hai. sambungan kisah dekat matrik. hari ni 28 may maka genaplah setahun aku mendaftar di kolej matrikulasi perlis yang banyak mengajar aku erti kehidupan.
semalam budak-budak generasi 14 kmp mendaftar. selamat datang ke kmp dan menempuh kehidupan sebagai pelajar matrikulasi. nak pesan awal-awal, jangan stress stress noh belajar sana. wat lek, wat peace je. kalau tension, tido, makan n tengok movie. hahaha. jangan lupa sembahyang nak ingat Allah. kena jadi kuat dan jangan 100 peratus percaya dekat orang yang baru kita kenal. macam-macam bileh berlaku sekarang dan kuatkanlah hati anda untuk terima apa sahaja yang bakal berlaku sepanjang berada di kmp.

sape yang dapat kmp memang bertuah sebab pengarah dia sporting habisss. pensyarah pon baik-baik. panggil cikgu je..

back to the topic, matrikulasi banyak mengajar aku menjadi seorang yang kuat dan tabah. chewahh. ye lah, mana tajnya.. hari kedua masuk dah ada yang histeria la. paling teruk aku rasa sebab aku kena kejar. nasib baik sempat ketuk pintu bilik orang lain. terketaq lutut masa tu. haha. penakot rupanya. lepastu roomate. hubungan dengan roomate sangatlah penting sebab diaorang yg tinggal bersama kita. kisah roomate pon banyak jugak. tak sangka aku pon terlibat dalam masalah ini.tak perlu diceritakan lah kenapa dan bagaimana. perkara tu mengajar aku yang lain orang, lain sifatnya walaupon dekat luar nampak baik, biasa, tak kisah je. tapi sebenarnya dalaman dan luaran tak sama. manusia.. rambut sama hitam, hati lain-lain. so, jagalah elok-elok hubungan dengan roomate. kalau ada terasa hati ke ape ke, jangan simpan dalam hati lama-lama. belajar  memaafkan dan terima kekurangan orang lain. jangan sombong, jangan riak dengan diri sendiri.

hmm, aku harap, nanti dekat U dapat roomate yang baik macam aku gak. kahkahkah. 

kehidupan dekar matrik jugak mengajar aku untuk berusaha dengan gigih utk capai apa yg aku nak. yelah. dekat sana semua yang masuk tu adalah orang2 yang terpilih. semua pandai2.  so,pandai2 la bersaing secara sihat. pembelajaran dekat sana pon laaajuuuuuuuu. kalau setakat harapkan apa yang belajar dekat kuliah je, memang tak leh la jawab kuiz n exam. kena study awal-awal. haha. padahal aku last minute baru study. wakaka. dekat matrik, pandai tak pandai tu dah jadi nombor 2 dah. rajin dan malas yang jadi nombor 1. walaupon kita ta pandai mana, tapi kalau kita rajin, inshaallah, nasib mennyebelahi  kita. jangan lupa berdoa dan bertawakal setelah berusaha. kalau nak tulis dekat sini semua pengalaman aku memang takmuat la. selebihnya biarlah menjadi satu memori yang paling indah dalam kehidupan aku.... seriously cakap kehidupan dekat matrikulasi adalah sebuah memori yang sangat manis dan awesome sebab kita mampu  mengharungi. setahun je. sekejap saja. tup tup dah habis. macam aku ni. huhu. :)

terima kasih kepada pensyarah2 yang telah banyak menabur jasa dan mencurahkan ilmu tanpa jemu. terima kasih terima kasih.

syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk belajar di matrikulasi dan mengenal semua erti kehidupan.

terima ksih kepada kawan-kawan dan kawan sebilik kerana mencipta satu memori yang terindah yang akan kekal selamanya dalam ingatan ini. terima kasih kerana membuat aku sedar erti sebuah persahabatan.

R O O M A T E S


lastly, thanks to ma dan abah sebab susah2 hantar org ke perthlis sana dan datang ambik balik bila dah tamat pengajian, jasa kedua orang insan ini tak mampu dibalas melainkan dengan memberi segulung ijazzah kepada mereka. hati ibu bapa sangat gembira bila melihat semua anak-anaknya berjaya walaupun mereka terpaksa bersusah payah. terima kasih ma dan abah kerana selalu bagi dorongan dan sokongan ketika susah mahupun senang. i love both of you with all my heartt :)