Random Note






Life notes.
Friday, 16 October 2015 | 11:45:00 pm | 0 Ask
If things goes wrong, let it be. belajar daripada apa jua kesilapan yang kita pernah lakukan, atau kesilapan yang orang lakukan kepada kita. jangan cuba untuk mengubah yang dah terlepas dan terjadi sebab benda tu dah lepas, tak guna kita sesalkan. yang boleh kita lakukan, ambil iktibar dan belajar menjadi lebih bijak.
there was no turning back, we could only move forward. apa-apa yang dah terlepas biarkanlah berlalu. ada sebab kenapa kita tak dapat apa yang terlepas tu. mungkin antara hikmahnya, Tuhan sediakan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan.
keep moving forward, and have faith. teruskan melangkah dan yakin Tuhan akan memberikan yang terbaik, asal saja kita tak berputus asa dan berputus harap terhadap-Nya.

Copypaste. Credit to #sederhanaindah

 

I NO LONGER....
Saturday, 13 June 2015 | 5:58:00 pm | 0 Ask
I no longer have patience for certain things, not because i've become arrogant, but simply because i reached a point in my life where i do not want to waste more time with what displease me or hurts me.

I have no patience for cynicism, excessive critism and demands of any nature. I lost the will to please those who do not like me, to love those who do not lome me and to smile at those who do not want to smile at me.

I no longer spend a single minute on those who lie or manipulate. I decided not to coexist anymore with pretense, hypocrisy, dishonesty and cheap praise.

I do not tolerate selective eruddition nor academic arrogance.

I do not adjust either to popular gossiping.

I hate conflict and comparissons.

I beieve in a world of opposites and that's why i avoid peolple with rigid and inflexible personalities. In friendship i dislike the lack of loyalty and betrayal.

I do not get along with those who do not know hoe to give a compliment or a word of encouragement.

And on top of everything, I have no patience for anyone who does not deserve my patience.

Inspired from Meryl Streep

Senyumlah.
Saturday, 13 December 2014 | 1:00:00 am | 0 Ask
Tersenyumlah walau hati menangis. Kerana senyuman itu sedikit sebanyak mengubat hati yang gundah.


interview
Wednesday, 29 May 2013 | 11:30:00 pm | 0 Ask
Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur ke hadrat illahi kerana hari ni interview aku berjalan lancar. interviewers tu pon x de tanya soalan killer. tokoh  apa semua tu. alhamdulillah dapat soalan senang je. dapat atau tak tu, terserah kepada takdir aku. hikhik.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pukul 7.40 pagi aku bertolak dari rumah ke politeknik Kota Bharu bersama ma an abah. Pada mulanya abah tersilap massuk dekat Kolej Komuniti. hish, dalam negeri pon boleh sesat.haha. tak bole blah. siap tanya arah dekat orang kat kedai kopi tepi jalan lagi. alhamdulillah tepat jam 8.20 pagi samapai lah dekat parking politeknik tu. awal 10 minit. interview mula jam 8.30. tapi masa tu orang dah ramai.

Aku wat lek je lah. jalan cari blok D dengan ma dan abah. ma pulak tak habis2 pesan jangan gelabah, siap ajar baca doa lagi. aku tak gelabah pon sebenarnya. bila msuk bilik baru nervous sikit-sikit. haha. then aku pergilah daftar dekat kauter. kat situ kena isi borang and test buta warna. of course lah buta warna tu aku lulus kan. haha.

Lepas tu tunggu dalam 15 minit kot. tiba2 namaku dan 2org lgi calon dipanggil. rupanya dia panggil masuk 3 org sekaligus. hmm, bagus jugak. tak de lah nervous sangat.

then macam biasa, aku 3 org masuk. bagi salam and dia suruh letak fail atas meja dia then dia suruh duduk. ucap terima kasih. aku duduk tengah-tengah. interviewer ada 2 org. sorang laki sorang perempuan.
dia suruh orang peetama, (najihan) mulakan. cakaplah pasal diri, buat apa sekarang, family.
next, aku. hmm bantai je lah aku cakap. haha.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

soalan 1 : okay, mulakan. Start dari awak.(calon 1)
soalan 2: ceritakan penglibatan anda dalam kokurikulum di sekolah.
soalan 3: do you have a teacher that inspired you to choose this option at upsi.

lastly, TAMAT. Tu je dia tanya. dalam hati aku, eh dah siap? sikit nye soalan. alhamdulillah. keluar dengan lapang dada sebab dia tak suruh mengajar. hakhak.

tapi ada jugak la dia physico aku. aku cakap je pasal minat aku terhadap akaun. ada je dia cakap *ye ke?
haha.

conclusionnya interview UPSI ni ringkas je tadi. Alhamdulillah. harap dapat masuk sini. wish me luck :)


temuduga UPSI
Tuesday, 28 May 2013 | 3:38:00 pm | 0 Ask
Bismillahirrahmanirrahim


One word. Alhamdulillah. esok aku ada interview kos pendidikan untuk upsi dekat politeknik KB. nervous wey. bila cek, buka ni then taraaaa. kejutan utk aku dan orang yang paling teruja dalah ma. ma berharap sangat aku dapat kos ni. aku pon teruja sebab minat ni kena interview. minat sangat. hakhak :( perkara paling tak suka sebenarnya. sekarang dunia semakin mencabar. nak belajar pon kena interview apatah lagi nak kerja. haish/\. agaknya apalah dia nak tanya aku ye. semoga hati aku tenang dan dapat jawab soalan esok dengan yakin.

tahu tak, ma susah payah hari ni jahit baju kurung dekat aku untuk interview ni. seorang ibu.... sanggup lakukan apa sahaja untuk anaknya. since aku cakap tak ada baju yang sesuai utk pakai masa iv tu, ma terus beli kain dan jahit sendiri. how sweet my mum. tak mampu nak balas jasa baik ma. ma selalu ada masa aku suah, senang, dalam dilema. ma is everything. my ma is my bestttfriend forevah !
sekarang tak siap lagi baju tu. tengah jahit lengan. dah hampir siap dah. thanks ma. terima kasih sangat-sangat. pada mulanya aku tak bagi ma buat baju baru. tapi ma beli jugak kain since ma jahit sendiri. indahnya kasih seorang ibu.

i promise, i will do the best tomorrow. pray for me ma dan abah ! love youuu.

hidup aku, dipenuhi dengan orang-orang yang aku sayang. ma dan abah selalu ada disisi untuk aku menceritakan semua maslah aku. mereka yang akan menberi nasihat kepada aku, memberi dorongan dan banyak lagi. syukur alhamdulillah ya allah kerana mengurniakan ma dan abah kepadaku. berikanlah mereka kesihatan dan jauhilah mereka dari kezaliman, berkati umur mereka dan makbulkanlah doa mereka ya allah. amin. ;)



sambungan : Setahun berlalu
| 3:05:00 pm | 0 Ask
Bismillahirrahmanirrahim


Hai. sambungan kisah dekat matrik. hari ni 28 may maka genaplah setahun aku mendaftar di kolej matrikulasi perlis yang banyak mengajar aku erti kehidupan.
semalam budak-budak generasi 14 kmp mendaftar. selamat datang ke kmp dan menempuh kehidupan sebagai pelajar matrikulasi. nak pesan awal-awal, jangan stress stress noh belajar sana. wat lek, wat peace je. kalau tension, tido, makan n tengok movie. hahaha. jangan lupa sembahyang nak ingat Allah. kena jadi kuat dan jangan 100 peratus percaya dekat orang yang baru kita kenal. macam-macam bileh berlaku sekarang dan kuatkanlah hati anda untuk terima apa sahaja yang bakal berlaku sepanjang berada di kmp.

sape yang dapat kmp memang bertuah sebab pengarah dia sporting habisss. pensyarah pon baik-baik. panggil cikgu je..

back to the topic, matrikulasi banyak mengajar aku menjadi seorang yang kuat dan tabah. chewahh. ye lah, mana tajnya.. hari kedua masuk dah ada yang histeria la. paling teruk aku rasa sebab aku kena kejar. nasib baik sempat ketuk pintu bilik orang lain. terketaq lutut masa tu. haha. penakot rupanya. lepastu roomate. hubungan dengan roomate sangatlah penting sebab diaorang yg tinggal bersama kita. kisah roomate pon banyak jugak. tak sangka aku pon terlibat dalam masalah ini.tak perlu diceritakan lah kenapa dan bagaimana. perkara tu mengajar aku yang lain orang, lain sifatnya walaupon dekat luar nampak baik, biasa, tak kisah je. tapi sebenarnya dalaman dan luaran tak sama. manusia.. rambut sama hitam, hati lain-lain. so, jagalah elok-elok hubungan dengan roomate. kalau ada terasa hati ke ape ke, jangan simpan dalam hati lama-lama. belajar  memaafkan dan terima kekurangan orang lain. jangan sombong, jangan riak dengan diri sendiri.

hmm, aku harap, nanti dekat U dapat roomate yang baik macam aku gak. kahkahkah. 

kehidupan dekar matrik jugak mengajar aku untuk berusaha dengan gigih utk capai apa yg aku nak. yelah. dekat sana semua yang masuk tu adalah orang2 yang terpilih. semua pandai2.  so,pandai2 la bersaing secara sihat. pembelajaran dekat sana pon laaajuuuuuuuu. kalau setakat harapkan apa yang belajar dekat kuliah je, memang tak leh la jawab kuiz n exam. kena study awal-awal. haha. padahal aku last minute baru study. wakaka. dekat matrik, pandai tak pandai tu dah jadi nombor 2 dah. rajin dan malas yang jadi nombor 1. walaupon kita ta pandai mana, tapi kalau kita rajin, inshaallah, nasib mennyebelahi  kita. jangan lupa berdoa dan bertawakal setelah berusaha. kalau nak tulis dekat sini semua pengalaman aku memang takmuat la. selebihnya biarlah menjadi satu memori yang paling indah dalam kehidupan aku.... seriously cakap kehidupan dekat matrikulasi adalah sebuah memori yang sangat manis dan awesome sebab kita mampu  mengharungi. setahun je. sekejap saja. tup tup dah habis. macam aku ni. huhu. :)

terima kasih kepada pensyarah2 yang telah banyak menabur jasa dan mencurahkan ilmu tanpa jemu. terima kasih terima kasih.

syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk belajar di matrikulasi dan mengenal semua erti kehidupan.

terima ksih kepada kawan-kawan dan kawan sebilik kerana mencipta satu memori yang terindah yang akan kekal selamanya dalam ingatan ini. terima kasih kerana membuat aku sedar erti sebuah persahabatan.

R O O M A T E S


lastly, thanks to ma dan abah sebab susah2 hantar org ke perthlis sana dan datang ambik balik bila dah tamat pengajian, jasa kedua orang insan ini tak mampu dibalas melainkan dengan memberi segulung ijazzah kepada mereka. hati ibu bapa sangat gembira bila melihat semua anak-anaknya berjaya walaupun mereka terpaksa bersusah payah. terima kasih ma dan abah kerana selalu bagi dorongan dan sokongan ketika susah mahupun senang. i love both of you with all my heartt :)

setahun berlalu.
Thursday, 9 May 2013 | 5:10:00 pm | 0 Ask
Bismillahirrahmanirrahim.


 

Kembali dengan blog baru. kenapa? sebab blog lama dah jadi macam private diary dah. semenjak busy dengan matriks life setahun yang lalu.

okay, kembali kisah matrikulasi.now, i'm freshly graduated from kolej matrikulasi perlis yang aman damai. damai lah sangat kan. haha. setahun menimba pengalaman hidup di asrama memang banyak mengajar aku makna kehidupan dan persahabatan. yalah, selama ini aku mana pernah duduk asrama, tinggal jauh dengan family semua tu. bila dapat duduk asrama, the first thimg yamh aku fikir is ROOMATES. dekat matrik perlis satu bilik ada 6 orang. ramaiii kan. dulu-dulu 4 orang je tapi sinci batch 12/13 intake ramai, stu bilik jadi 6 orang. biasalah, bila dah ramai, macam-macamlah kita boleh tengok kerenah orang. me? alhamdulillah dapatlah jugak roomies yang emm, baikkla.haha. mereka yang membuat aku sedar makna persahabatan.

kehidupan sebagai pelajar pulak membuat aku sedar erti kesusahan dan kehidupan. kalau nak berjaya, kita kena hadapi pelbagaiii rintangan dan dugaan dulu sebab kejayaan takkan datang tanpa usaha. okay, itu ayat lapuk. haha.
dekat matrik sebenarnya everything going with so so so so so fastttttt. memang penatlah. tak payah cakap. tapi kalau kita rajin dan bijak urus masa, inshaAllah kita akan rasa tenang damai. heee.
bila aku dapat tawaran matrik dulu, macam-macam dengar orang cakap. susah la,rugi la, ape la.tapi aku ikut kehendak aku dan parents akhirnya 28 mei 2012 daftar jugak aku kat situ. dulu masa SPM ku aliran pure science tapi bila matriks, aku apply account. aku pon tak sedar. menyesal pon ada. tapi da tak boleh tukar. so, aku just go on dengan thinking positively. yalah, satu tahun, nak belajar benda yang tak pernah kita belajar bukan senag kan. tapi alhamdulillah berkat usaha aku dan redha parents, aku boleh ikit the flow dan mula fall in love with the account and aku da tukar cita-cita. ahah. boleh macam tu.

bersambung... :)